PEMIKIRAN SEBAGAI ASAS ETIKA DAN NILAI-NILAI MORAL


PEMIKIRAN SEBAGAI ASAS ETIKA DAN NILAI-NILAI MORAL

Definisi Etika

-satu sistem kepercayaan yang didasarkan kepada moral dan diterima untuk mengawal tingkah laku manusia.
-kajian tentang apa yang betul dan buruk, menyenangkan atau tidak.

3 Jenis Etika

a) Etika Meta
     - apa yand dapat dilihat dengan mata kasar yang melibatkan persoalan seperti kuasa Tuhan, keagamaaan, kebenaran sejagat dan peranan akal.
     - menekankan kepada kerangka matlamat penciptaan manusia
     - peranan yang wajib dimainkan oleh Muslim dalam kehidupan individu dan masyarakat.
b) Etika Normatif 
     - membuat kritikan dan melakukan penilaian keatas etika moral yang ada dan kemudiannya mencadangkan satu sistem yang standard untuk semua.
     - Diasaskan kepada rasional dan penaakulan akal.
     - terdapat 2 teori iaitu Teori Deontologikal dan Teori Teleogikal
c) Etika Gunaan
     -  membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian yang meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan , perguruan, perubatan,alam sekitar, dan sosial.
    - mencari penyelesaian terhadap masalah semasa dengan menggunakan pelbagai teori dan konsep
     - 2 contoh Etika Gunaan ialah Etika perniagaan dan Etika Alam Sekitar

Aliran-Aliran Etika 

a) Utalitarianisme
     - menegakkan manusia patut memaksimumkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan seramai mungkin 
     - segala keputusan yang dibuat bergantungkan kepada hasil yang diperoleh daripada pelaksanaannya
b) Hedonisme 
     - mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup
     - menentukan kelazatan dan keseronokan ialah nafsu dengan segala jenis dan kerencamannya
c) Eksistensialisme
     - menegaskan bahawa moral hendaklah berpaksikan kebebasan
     - melemahkan peraturan tradisional yang diterima oleh sesuatu masyarakat sebagai panduan moral masyarakat tersebut 
     - tiga bentuk kebebasan bagi golongan ini iaitu kebebasan jasmani, kebebasan kehendak dan kebebasan moral.

Akhlak Islam 

Definisi
merujuk kepada perangai yang menyenangkan lemah lembut dalam pergaulan, berseri wajah, sedikit perselisihan dan baik percakapan (Al-Mawardi,2000) dan (Yaficie,1961).

Cara membentuk Akhlak Mulia

     - latihan bersungguh-sungguh tanpa berputus-asa.
     - dipupuk dan dijaga agar sentiasa ditanam dalam jiwa.
     - fokus terhadap aktiviti harian.

Faedah Akhlak Mulia
     - mencari keredaan dan meningkatkan martabat diri.
     - mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.
     - Menjadi benteng yang kukuh dan jalan yang mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..

0 comments:

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2012 Kcyang♂ and Blogger Themes.