PEMIKIRAN SEBAGAI ASAS ETIKA DAN NILAI-NILAI MORAL
PEMIKIRAN SEBAGAI ASAS ETIKA DAN NILAI-NILAI MORAL
Definisi Etika
-satu sistem kepercayaan yang didasarkan kepada moral dan
diterima untuk mengawal tingkah laku manusia.
-kajian tentang apa yang betul dan buruk, menyenangkan atau
tidak.
3 Jenis Etika
a) Etika Meta
- apa yand dapat dilihat dengan mata
kasar yang melibatkan persoalan seperti kuasa Tuhan, keagamaaan, kebenaran
sejagat dan peranan akal.
- menekankan kepada kerangka matlamat
penciptaan manusia
- peranan yang wajib dimainkan oleh
Muslim dalam kehidupan individu dan masyarakat.
b) Etika Normatif
- membuat kritikan dan melakukan
penilaian keatas etika moral yang ada dan kemudiannya mencadangkan satu sistem
yang standard untuk semua.
- Diasaskan kepada rasional dan penaakulan
akal.
- terdapat 2 teori iaitu Teori
Deontologikal dan Teori Teleogikal
c) Etika Gunaan
- membincangkan isu-isu
khusus dalam kehidupan seharian yang meliputi pelbagai bidang seperti
perniagaan , perguruan, perubatan,alam sekitar, dan sosial.
- mencari penyelesaian terhadap masalah
semasa dengan menggunakan pelbagai teori dan konsep
- 2 contoh Etika Gunaan
ialah Etika perniagaan dan Etika Alam Sekitar
Aliran-Aliran Etika
a) Utalitarianisme
- menegakkan manusia patut memaksimumkan
kebaikan secara konsisten untuk kebaikan seramai mungkin
- segala keputusan yang dibuat
bergantungkan kepada hasil yang diperoleh daripada pelaksanaannya
b) Hedonisme
- mementingkan keseronokan dan
kesenangan hidup
- menentukan kelazatan dan keseronokan
ialah nafsu dengan segala jenis dan kerencamannya
c) Eksistensialisme
- menegaskan bahawa moral hendaklah
berpaksikan kebebasan
- melemahkan peraturan tradisional yang
diterima oleh sesuatu masyarakat sebagai panduan moral masyarakat
tersebut
- tiga bentuk kebebasan bagi golongan
ini iaitu kebebasan jasmani, kebebasan kehendak dan kebebasan moral.
Akhlak Islam
Definisi
merujuk kepada perangai yang
menyenangkan lemah lembut dalam pergaulan, berseri wajah, sedikit perselisihan
dan baik percakapan (Al-Mawardi,2000) dan (Yaficie,1961).
Cara membentuk Akhlak Mulia
- latihan bersungguh-sungguh tanpa berputus-asa.
-
dipupuk dan dijaga agar sentiasa ditanam dalam jiwa.
- fokus terhadap aktiviti harian.
Faedah Akhlak Mulia
- mencari keredaan dan
meningkatkan martabat diri.
- mendapat ganjaran daripada Allah
S.W.T.
- Menjadi
benteng yang kukuh dan jalan yang mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah
S.W.T..
0 comments:
Post a Comment